jump to navigation

E64: Sebelum Aku Zalim November 3, 2009

Posted by norhasanin in Pandangan Peribadi.
trackback

Entri hari ini merupakan ledakan emosi terpimpin agar aku tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan seperti di atas.  Kerja yang aku buat dalam hidup ini sememangnya sesuatu yang kekadang sukar difahami oleh orang lain. Istilah self-sacrifice, mengutamakan orang lain, sikap tasamuh dan lain-lain adalah glosari harian yang ditanam dalam jiwa aku. Aku harus mempersetankan segala idea meletakkkan kepentingan diri lebih dari orang lain. Aku tidak punya kekuatan untuk menolak permintaan. Lemah diriku jika gagal menolong orang.

Kekadang ini yang menyebabkan aku menjerit internally di dalam kereta, ‘Ya ALlah, please help me’. Ini rutin kehidupan bila berhadapan dengan senario yang aku perlu dekat pada Tuhan. Sememangnya meminta pada Tuhan itu yang terbaik tetapi memikirkan tentang amal yang kurang kualiti dan kuantiti menyebabkan aku mentally tersandar dari lamunan mengingatkan pesanan Ibrahim ibn Adham mengenai manusia tertolak doa oleh Khaliknya. Akukan manusia itu? Tuhan tolonglah aku. Aktiviti meminta pada Tuhan yang minimanya lima waktu itu terusku lakukan. Jangan aku terputus dari rahmatNya. Membaca iftitah disaat solat kekadang emosiku terganggu kerana akalku bertanya mungkin aku ini munafiq kerana gagal memahami istilah inna salati, wanusuki, wamahyaya, wamamati liLlahirabil’alamin. Munafiq atau kafir jiwaku sahaja yang mampu menjawab. Aku tidak mampu lagi untuk merasa rendah diri kepada manusia kerana aku sedar ada Tuhan yang Maha Besar dan Maha Agung. Aku memang tidak reti untuk bangun jika ada ‘orang besar’ lalu. Hari ini coretan incoherent bakal menjadi entri laungan dan jeritan ketidakpuasan yang belum aku kenalpasti. Semoga ketenangan datang agar emosiku terpandu lagi sebelum aku menzalimi manusia dengan instabiliti ini. Ya Tuhan berikan kesabaran untuk melaksanakan tugasan dan menyedarkan aku bahawa manusia ini sebahagian dari ujian.

Comments»

1. suabimkuantan - November 5, 2009

Tabahlah nin dalam meneruskan perjalanan kehidupan yang penuh gelombang sebagaimana kata pepatah orang-orang dulu,masa kecil bergelombangkan buaian,bila sudah dewasa bergelombangkan kehidupan.Jika sudah tekad ingin meneruskan perjuangan yang memang sentiasa belum pernah selesai dan sentiasa berterusan serta amanah tersebut ditakdirkan Nin yang mengelolakannya teruskan dengan hikmah dan kesabaran bagaimana kata pepatah,jika takut akan ombak jangan sekali membuat rumah di tepi pantai.Cuba ingat ulul azmi 5 orang rasulullullah tidak pernah sepi dengan ujian yang sepatutnya kita cuba memahami dan mencontohi mereka dengan hikmah dan kesabaran.Hikmah itu memerlukan strategik dan teknik bagaimana jalur komunikasi adakah cara hipokrit atau to the point atau diplomasi yang mana perlu digunakan dalam situasi dan kondisi tersebut yang diguna pakai bila berdepan dengan dengan seseorang atau kelompok atau masyarakat.Barulah diikuti dengan kesabaran dalam arti tabah dan berusaha mencari jalan keluarnya dari ujian tersebut dengan tidak sesekali berputus asa akan rahmat Allah swt dengan cara berdoa,berusaha kemudian bertawakal kepada Allah swt setiap tanggungjawab beban tugas yang dipikul demi kepentingan agama Allah,masyarakat,bangsa,negara hatta dunia internasional sekali pun asalkan tidak sesekali mementingkan diri sendiri dan ego sesiapa karna ingatlah firman Allah dalam Al-Quran sesungguh Allah itu Maha mengetahui apa yang ada di hati kamu dan memerhatikan segala amal kamu yang diperkerjakan itu.Kemudian kata Allah,sungguhnya Allah tidak sesekali membebani usaha kamu apa yang tidak terdaya kamu perkerjakan.Buatlah sesuatu itu dengan ikhlas tapi ingat pesan Allah di dalam al-Quran, berlumba-lumbalah kamu membuat kebajikan ke jalan Allah tetapi jangan kamu lupa bahagian kamu di dunia ini.Kita memang digalakkan buat kerja kebaikan demi pahala di sisi Allah tapi ingat bahagian kita di dunia ini bila terjun ke masyarakat hendak juga duit claim minyak kereta atau duit poket yang terpakai sedikit sebanyak tetapi orang tertentu tidak pernah belajar bagaimana menjaga akan kebajikan anak buah yang berjasa pada dirinya termasuk organisasi pimpinannya.Sepatutnya orang tertentu itu patut mendengar pandangan anak buah kerana Nabi Muhammad sesibuk apa pun sewaktu memimpin sidang pernah ditegur Allah di dalam al-Quran kerana meremehkan pertanyaan sibuta yang bertanyakan persoalan iman.Itu Nabi,apa tah kita-kita ni.Lagi satu nin,kita ni suka nak tolong orang tapi kesehatan diri kena diperhatikan gak.Kesehatan jiwa (hablum minallah),kesehatan jasmani,kesehatan akal,kesehatan lingkungan terdiri dari material baik pangan (makan minum),sandang (pakaian dan hiasan diri),kediaman dan pergaulan sehat dengan iktiviti sosial (hablum minal nas/manusia,minal haiwan,minal nabat/tumbuh-tubuhan)dan minal alam/fiona dan flora termasuk benda-benda bukan hidup.Lu pikirlah sendiri.Wsl

2. suabimkuantan - November 5, 2009

Sabar itu sebahagian dari iman dan hikmah itu memerlukan ketajaman akal untuk beradaptasi dengan lingkung hidup